Friday, 20 May 2011

~ Rintihan seorang Anak ~

Abah, kami tetap anak abah sampai mati ...
Walaupun kami ader mak tiri kami tetap anak abh...
Walaupun kami ader adik angkat tiri kami tetap anak abah...
Kami tetap anggap abah ayah kami walaupun kami rasa abah tak sayang kami..

Abah..
Adakah kami dilahirkan didunia ini untuk di marah2...
Adakah untuk di ungkit setiap satu sen yg abah keluarkan ...
Adakah semata2 untuk tempat abah melepaskan marah...





Abah..
Kenapa abah lebih sayangkan anak angkat abah dari kami...
Abah belai dia, mandikan dia, menyuap dier makan dan tak pernah marah kan dier ...
Nada abah bercakap pun sangat lembut berbanding dari kami adik beradik...
Abah sediakan semua keperluan dia sehinggakan abah lupa tanggungjawab abah pada
darah daging abah sendiri....
Pakaian kami semua dari sedekah sedara mara tetapi ngan anak angkat abah semua baru dan mahal..
kami tak layak ker abah utk menerima semua itu...
Abah marah kami , dengan kata2 kesat, abah hina kami,abah tak pernah memahami kami..
Kami amat dambarkan kasih ayah...

Abah..
Sekarang kami dah besar..
Tapi kami masih anak kandung abah ..
Tanggungjawab abah pada kami tak kan putus sampai kami mati.. tetapi..
Adakah abah menjalankan tanggungjawab abah pada kami...
Jangan aniaya kami abah..
Jangan aniaya mak ,
Jangan buat kami mcm nie...
Dulu kami kecil kami tak pandai bersuara..
Tapi kini kami dah besar kami malas bersuara berubah lah abah
Bukan harta benda kmi pilih tetapi kasih abah pada kami...
Sumbangkan larh pada kami ngan sedikit pemerhatian dan belaian...
Kami masih perlukan abah...
Jangan larh abah ungkit aper yang abah beri kepada kami,
bukan kami terasa tetapi kami tak nak abah berdosa
sbb kami tanggungjawab abah..

Abah
Buktikan lah abah adalah ayah kami ...
buktikan larh yg kami bukan anak pungut...

Abah
Walaubagaimana sekali pown kami tetap anak abah sampai mati..

~ SELAMAT HARI BAPA ~

Hasil nukilan penulis semata2

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment